Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan. Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku. Barang siapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."
No comments:
Post a Comment