Rasulullah S.A.W. tercinta

Rasulullah S.A.W. tercinta

Saturday, 17 January 2015

Musuh 201

hadith:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya,

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

1 comment:

  1. Keterangan

    Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam
    pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah
    saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000
    juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi
    alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti,
    dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun
    berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

    Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri
    kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan
    penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua,
    iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat
    dipisahkan.

    "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu
    mendermakan harta di jalan Allah swt.

    Manakala

    “Takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

    Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan
    memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

    ReplyDelete