Rasulullah S.A.W. tercinta

Rasulullah S.A.W. tercinta

Saturday, 31 January 2015

Syariah di Malaysia 201


MENZIARAHI JENAZAH DAN MASALAH CERAI

Tanya**

Di sini saya ada 2 soalan berhubung perkara di atas:Apakah hukumnya jika kita seorang islam menziarahi jenazah orang yang bukan islam?

Jawab**

Harus. Kerana apabila mati tak ada apa lagi, hanya hak Allah s.w.t.. Melawat sekadar menghormati kebaikan yang pernah dilalukan kepada kita. Tapi jangan ikut upacara dan cara agama mereka.

Tanya**

Boleh ustaz terangkan masalah dengan penceraian talak tiga. Adakah ia dilakukan dengan sebutan talak tiga kali secara berturut turut atau dengan melafazkan talak tiga dengan sekali ucapan?

Jawab**

Ini bergantung kepada mazhab yang diikuti. Dalam mazhab Syafie, samada suami menyebut sekali (talak 3) atau satu persatu, atau dengan isyarat yang difahami, maka jatuh tiga talaq. Tetapi ada mazhab lain yang mengira walaupun disebut 3 tetapi yang jatuh hanya satu talaq. Dan jatuhnya 3 talaq hanya apabila terjadi untuk tiga kali kejadian. DiMalaysia, bergantung pula kepada enakmen syariah di sesebuah negeri. Ada perbezaan antara satu negeri dan negeri yang lain. Sila rujuk ke Pejabat Kadhi yang berkenaan utk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment