KISAH DARI ARASY ALLAH S.W.T. Tatkala Junjungan Nabi SAW dimi'rajkan ke Mustawa lalu baginda mendengar goresan - goresan kalam, maka di situ baginda telah melihat seseorang lelaki yang diliputi oleh nur 'arasy. Junjungan SAW merasa takjub kerana lelaki tersebut yang bukannya malaikat dan bukan juga seorang nabi, berada di Mustawa sedangkan malaikat agung Jibril AS tertahan di Sidratul Muntaha kerana tidak boleh melewati sempadan alam malakut. Maka Junjungan Nabi SAW telah dimaklumkan bahawa itulah perumpamaan ketinggian maqam dan kedudukan umat baginda yang sewaktu hayatnya di dunia mempunyai 3 sifat/amalan yang utama iaitu:- (i) lidahnya sentiasa basah dengan dzikrullah; (ii) hatinya sentiasa terpaut dengan masjid; dan (iii) dia tidak pernah sekali-kali melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyakiti kedua ibubapanya (yakni menyebabkan ibubapanya dicacimaki). Allahu .. Allah, sungguh istimewa maqam dan kedudukan umat baginda ini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita lidah yang sentiasa basah dengan dzikrUllah, dengan sholawat, dengan al-Quran, dengan ilmu dan hikmah. Moga hati kita menjadi hati yang sentiasa terpaut dengan masjid, sehingga di mana pun kita berada, baik di rumah, baik di pejabat, maka suasana masjid, suasana ibadah, wujud di tempat tersebut. Bukan sebaliknya, iaitu masjid jadi macam rumah atau masjid jadi macam pasar. Semoga kita dijadikan Allah sebagai anak yang sholeh yang sentiasa berbakti dan menjaga nama baik ibubapa kita.
ÌBNU ARASY @ PEMUDA ISTANBUL, TURKEY ( * ISLAMBOL GREEN PRAYING MAT * ) - 06 JUN 1974 MASEHI di 7:24 PTG
No comments:
Post a Comment