Rasulullah S.A.W. tercinta

Rasulullah S.A.W. tercinta

Wednesday, 14 January 2015

TAUBAT 201

Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan. Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku. Barang siapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."

No comments:

Post a Comment